Gunung Angsi

12 August - Musim hujan pun tiba, aktiviti hiking pun kena lebih berhati-hati. Firstly aku plan nak naik Gunung Nuang with 2 of my friends. Memandangkan hujang je setiap hari kawan2 aku pun tak fully fit untuk nuang, so i just suggest a good moderate hike mountain, Gunung Angsi (via bukit putus), Kuala Pilah.



This is my 2nd hike for Angsi, which is last time is 2016 bila aku nak berjinak manjat memanjat. So pukul 7.45 pagi, Kami pun sampai di starting point naik Angsi via Bukit Putus. Bila sampai dekat sana aku nampak banyak kereta dan ramai orang serta ahli bomba dan pegawai perhutanan etc etc. Aku pun buat macam biasa and terus pergi ke satu khemah dengan semua radio telekomunikasi...dah macam nak buat apa tah dekat atas nun. Aku pun cari brader yang jaga pintu naik (pegawai perhutanan) untuk membuat bayaran

Then suddenly dia kata kami tak boleh naik sebab mereka tengah setup komunikasi untuk event pecah rekod dunia rantaian manusia dari bawah sampai puncak (tak silap aku lah) pada 19 ogos iaitu minggu depannya. Aku pun cuba slowtalk dengan brader tu cuba lepaskan kami, mane tak nye minyak keta, tol semua da bayar...

Lepas lama slowtalk dengan brader dia still tak bagi kerana orang atasan punya arahan. He seems nice cuba nak bagi tapi ada pegawai sebelahnya berkeras tak bagi. kami pun hampa sebab bukan nak buat apa pun...just manjat je. Then brader tu berbisik dgn kami selepas pegawai belakang dia dah jauh, dia bagitau ada jalan lain nak masuk tapi kena rentas sikit and hati2 takut tersesat. Kami pun take a risk and go! (jangan tiru). Kami kena berjalan sedikit keatas sebelum terjumpa anak sungai dan di situ kami nampak sedikit jalan kecil.



8.30am, Dengan bacaan bismillah aku pun redah jalan tu yang agak tebal dan tiada marking kecuali kesan2 daun orang pijak. For information ni jalan orang2 kampung yang naik tanak kena bayaran haha. So jalan ni mmg agak dara, and banyak pacattt naaa. Aku cuma jadi sweep duk blakang skali sebab nak trace jalan takut tersesat jauh. Lepas lebih 30 minit of redah, kami pun jumpa jalan asal untuk naik ke Angsi and terserempak dengan dua orang yang tengah pewai haha, they just saying eh naik ikut mana nih?





So trek naik kami diselaputi dengan kabus tebal, so it's really nice view and kami banyak berhenti untuk ambil gambar saja. Kami terserempak dengan beberapa group yang tengah set up komunikasi di setiap checkpoint untuk next week event. So aku takde banyak nak sembang pasal trek ke angsi ni memandangkan jalannya agak besar and penuh dengan marking, so it's really nice for family hike or newbie



Pukul 11.10 pagi kami sampai di puncak Gunung Angsi, kelihatan beberapa group lain yang da terlepas masuk awal pagi serta group komunikasi dekat pondok puncak. we just take our snacks and pictures. View takde sebab kabus tebal so papan tande je lah kami bergambar.



pukul 12.15pm, Kami mula pejalanan pulang we since we just only 3 people, kami pun turun dengan agak laju memandangkan semua sudah 'panas' badan haha. we just take 1 hours to the starting point yang mana kami dihalang untuk masuk, aku just turun je macam biasa and they just watch us (maaf semuaaa) So 1.10pm kami bertiga selamat sampai ke kereta and hujan terus turun dengan lebat selebatnya luckly kami sempat salin baju sebelum masuk ke kereta.

Sekian kisah redah trek dara kami haha harap semua just ikut je laluan asal dengan bayaran RM1 saje. Assalamualaikum~







Info

Gunung Angsi via Bukit Putus
-825m (1 hour 45 minutes - 2 hour 30minutes (slowpace) of hike)
-Trail berakar pada awalnya dan agak berlumpur (musim hujan)
-Ada penanda dan track. (hardly to get lost)
-Fees RM1 at entry and park at your own risk.
-Dari KL ambil highway Lekas - Kuala Pilah and straight to kuala pilah


Ps:-
Do follow me on instagram~
@nazrulnizm


Comments

Popular posts from this blog

Bukit 2 ringgit @ Bukit Sentosa

Gunung Berembun & Gunung Telapak Buruk (Aircraft crash site)