Gunung Berembun & Gunung Telapak Buruk (Aircraft crash site)
August 5 - Selepas lebih 2 bulan aku tak hike sempena menghormati bulan ramadhan dan syawal (open house every weekend), aku pun dapat jemputan jadi crew member untuk trip Thrill adventure . So tugas aku just jaga para-para pendaki seramai lebih kurang 24 orang. So our destination is Gunung Berembun dan Gunung Telapak Buruk, Negeri Sembilan.
Gunung Telapak Buruk (Aircraft crash site) |
Gunung Berembun |
Then tepat 4 pagi 5 ogos, aku dan seorang lagi crew member bertolak ke tempat perjumpaan kami di Masjid Kariah Pantai. Berpandukan waze serta jalan highway Lekas yang mmg lengang, kami pun sampai di depan masjid pukul 4.45am, memandangkan aku tak tidur lagi hari itu, i take that precious time to sleep~. Pukul 7 selepas solat subuh, aku nampak ada ramai lagi group yang nak hike sekali. yang aku perasan group dari TV3, Angkasa dan company swasta (lupa nama). So lepas Pia (she's from Thrill adventure) check nama dan bahagikan portion makanan masing2, kami pun bertolak ke starting point 12KM dari masjid. Bila sampai di tempat parking, kami nampak banyak lagi group lain yang sudah sampai. So i can say, our group was the last one to enter that day haha.
Parking spot |
Briefing and warming |
Selepas sedikit Briefing dan warming up dari crew and guider, tepat pukul 8.00am, kami pun memulakan pendakian ke checkpoint pertama, iaitu Gua Kambing. Phase awal pendakian agak mendatar dan sedikit menaik sambil ditemani bunyi deruan sungai di sebelah kanan kami. So group kami agak laju (bagi aku yang perlahan nihh) dan sampai ke campsite sungai (lata berembun) dalam pukul 8.40am.
Take 5 katanya |
Phase pertama kena melintas beberapa sungai kecil dan satu sungai besar di lata berembun, jangan risau boleh lintas atas kayu balak so tak perlu buka kasut. Selepas merentasi sungai, mereka take 5 untuk minum air sebentar. Then bermula lah pendakian agak menaik menuju ke checkpoint Gua Kambing.
Crossing small river |
9.30am, Kami berjaya sampai ke checkpoint pertama iaitu, Gua Kambing dan banyak lagi group2 lain sedang berehat disana. Sana juga last waterpoint sebelum ke puncak, so refill lah air apa lagi. Aku tak sure kenapa mereka panggil Gua Kambing, maybe ada sejarah or bentuk dia? And take note, mmg sini banyak pacat hahaha
Gua Kambing |
Lepas berehat dan bergambar, Kami pun meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Berembun pukul 10.00 dan phase no2 nih paling mencabar dalam trip kalini sebab memang pacak all the way hahaha, so ready la mental tu yer, part sini group akan sedikit berpisah sebab ada yang laju dan perlahan. Biasa lah tu yerr...
Rehat layan pacak |
Tepat pukul 11.15 last member (sweeper) sampai ke puncak Gunung Berembun 1014 meter dari aras laut. Masa pendakian tadi, group kami dapat lah potong group2 lain so we are the first group coming from starting point TNB arrive. Then later, semua group pun sampai ke puncak dan bertukar menjadi pasar malam >.<
Angle is important! |
So we take our lunch food here, Nasi putih with lauk paprikkk~and kudap2. Dalam hutan semua makanan sedap lain macam hahaha tak caya tanya la depa2 semua. So lepas kenyang, apa lagi bergambar lah semua, boomerang lah slowmo lah, panorama la hahaha Apa2 pun semua sporting~ thumbs up.
Group photo |
At 12.10pm, kami pun bertolak ke Gunung Telapak Buruk (aircraff crash site) lebih kurang 4km dari puncak Gunung Berembun. 4km nampak dekat kalau dkat jalan raya, but not for hike or trekking haha. Phase 3 ni route dia agak santai disertai sedikit pacak dan turun dan pacak dan turun hahaha. Bagi aku jalan lepas puncak berembun santai dan berangin, mungkin cuaca hari itu rezeki kami. So feel dia sangat calm diserta bunyi2 pokok dan serangga.
My kind of view |
Pewai ke |
Kami tiba di aircraft crash site Gunung Telapak Buruk pada pukul 1.10pm. Di atas terdapat beberapa serpihan kecil bangkai pesawat. Untuk tengok bangkai pesawat yang besar kena turun beberapa meter kebawah (lebih kurang 5minit) dan tersergam lapok bahagian pesawat yang agak besar. Bagi orang yang berjiwa sejarah, they do will appreciate this moment like i did :)) . Selepas bergambar dengan bangkai, aku kena turun kebawah sikit lagi untuk tengok bahagian belakang pesawat yang lebih besar. Dekat sini aku ada rasa sedikit seram al maklom lah, 72 tahun lepas ia adalah lokasi terhempas dengan kehilangan jiwa. Selepas semua group member dah selesai bergambar, tinggal aku dan sorang lagi crew utk ambil turn bergambar haha .
1.30pm , Semua group members selamat sampai ke Aircraft crash site.Untuk kepuncak Gunung Telapak Buruk, kami kena berjalan sejauh 2KM lagi dan memakan masa 1 Jam. But our trip doesn't include to go that summit. So selepas semua sudah bergambar dan berehat. 3.00PM we going back to our starting point. Trek dari Gunung Telapak ke Gunung Berembun hari tu just nice, tidak berlumpur walaupun pagi sebelumnya hujan. 3.40pm Aku pun sampai ke Puncak Gunung Berembun kembali dan hanya ada 2 or 4 orang pendaki je rest. Aku just stop minum air then continue all way back to Gua Kambing. Trek menurun dan agak Jammed haha sebab ramai group hiker lain, itsokayy.
4.30pm, Aku pun sampai di Gua Kambing, keadaan agak pack sebab ada group lain lagi sedang berehat dan solat. In the mean time, aku dapat info ada pendaki dari group kami injured di belakang so we take time to rest while waiting for them. Aku pun melabuhkan kepala kasi rest tidoq berlandaskan plastik sampah dan beratap pokok berserta bunyi sungai pehhh .
Layankan je |
5.30pm, mereka masih belum sampai lagi di gua kambing, Aku ambil decision nak bawa yang lain turun dahulu sambil our guider mimo tunggu disitu dan crew (manshah) seorang naik kembali untuk bagi support sebab lama sangat. Dengan jalan yang ada marking dan keadaan mula gelap, aku sweep group yang turun dahulu sebab tak semua ada headlamp dan akan jadi masalah kalau hari da gelap.
Alhamdulillah pukul 7.00pm, 19 org pendaki semua selamat sampai di car parking spot. Otw back ada seorang pendaki dari group lain pitam sebab tak cukup tenaga(hippo maybe) she been giving a honey to boost energy and after that she look so terrified and scare like hell. dunno what happen but their team member are giving full support. hopefully all good~. Selepas semua buat light stretching and kami pun pulang ke kereta masing dan berkumpul sebentar di Masjid kariah pantai. Masih ada lagi 6 orang di belakang yang masih belum keluar.
Pukul 8.50pm aku dapat msg dari pia mereka semua selamat dah keluar , Alhamdulillah walaupun kena OT. aku just tunggu di warong makan dekat area Masjid, group member yang lain semua sudah pulang and safely arrive home.
last before semua balik |
Selepas borak2 dan makan2, pukul 1030 kami pun pulang ke romahh masing2.
Big Thanks to all group members especially Thrill Adventure dan Sofia(Pia) for this trip~ Maaf kalau ada kekurangan or terkasar bahasaa sebab kena push hike >.< . Maaf kalau blog aku ni biasa2 jek, just share pengalaman ~
Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk datangnya dari kami hambanya~
Assalamualaikum~
Info
Gunung Berembun and Gunung Telapak Buruk
-1014m (Gunung Berembun) / 1193m (Gunung Telapak Buruk)
- Hiking time 5 hours one way, normal pace.
- Level Moderate
- Trek banyak pacat awal pagi :)
- Ada penanda sepanjang trek.
- Perlu ada permit
- Highway LEKAS exit Ampangan. (Waze/Google map-Masjid Kariah Pantai)
Poison Pictureee
Do follow my personal instagram
Instagram : nazrulnizm
and Thrill adventure instagram for their latest trip
Instagram : Thrilladventure
MADNESS ADVENTURE(FB)
ReplyDeleteMOUNT GUIDE SERVICE
All mount
Will arrange:
-forestry permit
-police report
-mount guide
-1st aid kit
Anas - 01110327474
WASAP/SMS/CALL
Bro..berapa cost semua termasuk guide..
ReplyDelete